Ramai lelaki tidak tahu cara-cara untuk mengurut zakar. Mengurut zakar lebih kepada melancap. Urut Zakar adalah lebih dari itu. Ia adalah untuk memantap kelelakian seorang kerana semasa anda bersama, kelelakian anda dapat berfungsi sepenuhnya. Urut Zakar adalah penting untuk lelaki dan perlu urut berterusan.

Rahsia Batin |
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut
Whatsapp: 011.12551590

Home Top Ad

Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, pe...

Tahap kesuburan Lelaki

Tahap kesuburan seseorang berubah dari semasa ke semasa. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti umur, tahap kesihatan, alam sekitar, penyakit yang boleh mengancam kesuburan seperti penyakit kelamin dan pelbagai perkara lain, termasuk kecederaan dan kemalangan membabitkan anggota kelamin.

Jika anda menjalani ujian tahap kesuburan sebelum kahwin, berkemungkinan ia boleh berubah selepas anda berkahwin. Yang penting, anda perlu mengenali ciri-ciri kesuburan. Jika anda lelaki, perkara utama ialah mempunyai anggota kelamin yang normal iaitu mempunyai sepasang buah zakar yang normal dan dapat menghasilkan sperma mencukupi, sperma aktif dan normal.

Mempunyai salur sperma dan semua organ anggota reproduktif dalaman yang normal, seperti pundi epidemis, pundi prostat, pundi seminal dan pundi Cowpers (normal), anggota kelamin yang boleh mencapai ereksi secara mantap, padat dan mampu melakukan penetrasi faraj perempuan, sekali gus dapat menyalurkan sperma dalam faraj.

Namun jika masih hendak tahu tahap kemampuan menghasilkan sperma, anda boleh menjalani ujian air mani. Cara mengeluarkan sampel air mani ialah melalui onani iaitu mengurut zakar sehingga mencapai ejakulasi air mani.

Sampel air mani hendaklah dihantar ke makmal secepat mungkin, iaitu tidak lebih dari sejam. Jika ada sperma dalam air mani, ini petanda anda tidak mandul.

Profil sperma normal ialah mempunyai isi padu air mani tidak kurang daripada dua mililiter (ml). Jika kurang, mungkin pengambilannya tidak sempurna dan perlu diulangi lagi sekali selepas seminggu. Biasanya 1ml air mani mempunyai tidak kurang daripada 20 juta sperma.

Peratusan sperma yang aktif tidak kurang daripada 40 peratus dan peratusan sperma berbentuk normal tidak kurang daripada 30 peratus. Anda perlu tahu profil sperma boleh berubah secara positif atau sebaliknya.

Adakalanya, masalah sukar hamil dikalangan mereka yang sudah lama berkahwin bukan sahaja berpunca dari isteri, malah ia juga boleh disebabkan dari suami. Sangat disarankan untuk pasangan suami isteri berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui status kesihatan dan kesuburan.

Disini saya kongsikan dengan anda info mengenai pentingnya kualiti dan kuantiti sperma

Kurang sperma punca ketidaksuburan lelaki?

Kurang sperma juga dikenali sebagai "ioligospermia" (air mani dalam keadaan cair). Salah satu punca ketidaksuburan lelaki adalah dimana air mani semasa ejakulasi mengandungi jumlah yang kurang dari biasa.

Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya lebih daripada 50 juta sperma yang terkandung setiap 1 milimeter.

Sekiranya kepekatan sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil berkurangan. Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga sangat penting. Bagi lelaki yang subur, sekurang-kurangnya 50 % sperma yang mampu bergerak aktif.

Simptom si suami kekurangan sperma dapat dilihat apabila adanya masalah dalam hubungan seksual seperti kurang nafsu atau ejakulasi pramatang. Bengkak, sakit atau ketulan di bahagian testis. Rambut atau bulu yang semakin berkurangan, petanda bahawa anda mengalami masalah hormon atau kromosom.


0 comentários:

TAHAP ereksi tertakluk kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah banyak dan kekuatan otot lantai pelvis atau otot k...

Tahap Ereksi

TAHAP ereksi tertakluk kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah banyak dan kekuatan otot lantai pelvis atau otot kemut. Apabila seseorang lelaki teruja dan perasaan seksualnya terangsang, darah masuk dengan lancar dalam kuantiti banyak dalam liang otot zakar.

Dalam keadaan begini, kekuatan ereksi menjadi kekal dan padat serta hubungan seksual penetratif dapat dilakukan dengan sempurna. Apabila darah kurang kekal dalam otot zakar dan terkeluar secara sedikit demi sedikit, situasi ini dikenali sebagai 'venous leak' atau keciciran darah daripada pembuluh vein, oleh itu kualiti kekerasan zakar menjadi kurang.

Dalam keadaan begitu, tusukan zakar sukar dilakukan atau zakar cepat mengendur serta ejakulasi cepat berlaku. Dalam keadaan begini, sudah tentu ejakulasi akan menjadi tidak berdaya atau ia tidak memancut. Kebanyakannya hanya meleleh.

Keadaan ini terjadi di mana tahap ereksi kurang bertenaga dan hubungan seksual secara tusukan pula sukar dilakukan. Jika lelaki mengalami masalah ini, ia digelar mati pucuk atau disfungsi erektil.

Pada masa sama, ia menandakan tahap ereksi tidak mencukupi kerana kekurangan kepadatan akibat kekurangan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar.

Ini mungkin berlaku apabila perjalanan darah dalam otot zakar kurang lancar atau otot zakar tidak mengembang dengan secukupnya untuk mengizinkan darah masuk dengan banyak atau darah yang masuk dalam otot tidak kekal dan terkeluar daripada salurannya.

Kepada lelaki yang mengalami masalah ini, anda harus mengamalkan gaya hidup sihat. Jika masalah ini terjadi ketika usia masih muda, anda seharusnya lebih berjaga-jaga.

Saranan saya, lakukan senaman berkala. Hentikan tabiat merokok dan jaga berat badan pada tahap sesuai. Anda boleh lakukan senaman kemut atau senaman Kegel untuk memantapkan otot lantai pelvis.

Ini dapat memberi kekuatan kepada pangkal zakar dan boleh membuatkan ejakulasi lebih berdaya. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan kesihatan, sama ada anda menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

Didapati lelaki yang mengalami simptom mati pucuk mungkin mempunyai petanda kemunculan penyakit kronik terbabit.

0 comentários:

Sebilangan besar remaja lelaki dan perempuan pernah melakukan onani dan perkara ini menghantui mereka apabila sedar perbuatan itu mungkin bo...

Remaja beronani

Sebilangan besar remaja lelaki dan perempuan pernah melakukan onani dan perkara ini menghantui mereka apabila sedar perbuatan itu mungkin boleh menjejaskan kesihatan apabila berkahwin.

Maklumat daripada beberapa laman seksual tidak menyatakan onani itu tidak baik, tetapi ada laman spiritual tidak menggalakkan amalan itu dan Islam mengutuk amalan itu. Kajian mengenai seksual yang dilakukan beberapa pihak di luar negara melaporkan pengamal onani berkemungkinan mengalami masalah ketagihan, terikat dengan amalan itu dan tidak dapat melepaskan diri walaupun sudah berkahwin.

 Ada juga laporan menyatakan sebilangan lelaki dan perempuan yang mengamalkan onani tidak dapat kebahagiaan seksual dengan pasangan kerana tidak mudah mencapai klimaks dengan pasangan.

 Jika tidak klimaks lelaki tentu sukar menghamilkan pasangan kerana tanpa klimaks, tiada ejakulasi. Mungkin ini saja yang boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan pasangan, yang mana si suami tidak dapat ejakulasi melalui hubungan seksual dengan isteri kerana keghairahan tidak mencukupi dengan cara itu, tetapi mencukupi dengan cara onani. 

Saya pernah mengendalikan beberapa kes sebegini, yang mana si suami tidak dapat ejakulasi melalui persetubuhan dengan isteri dan kesudahannya dia hanya dapat menghamilkan pasangan apabila air mani yang dikeluarkan melalui onani dikumpul dan disuntik ke dalam rahim pasangannya ketika isteri subur. Sebilangan besar kes yang saya kendalikan berkaitan cepat klimaks mengakui mereka kerap melakukan onani.

Termasuk juga kes mereka yang mengalami masalah mati pucuk, lebih 80 peratus memang kaki onani. Kata orang, bagaimana pokok boleh bergoyang jika tiada angin.

 Sama juga dengan masalah seksual seperti cepat klimaks, mati pucuk, tidak mudah ejakulasi dengan pasangan yang dialami lelaki, tidak akan berlaku jika tidak mengamalkan onani. Mungkin perkara yang anda perlu lakukan ialah cuba hentikan amalan onani. 

Elakkan aktiviti yang boleh mendorong anda melakukan amalan itu seperti berkhayal seorang diri, menonton video lucah atau melayari laman web lucah. Amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan seimbang, melakukan senaman berkala, berhenti merokok dan henti minuman keras dan lakukan aktiviti sosial secara berkumpulan dengan interaksi minda.

 Dengan cara sedemikian kesihatan seksual dan reproduktif anda akan membina dan masa depan anda untuk mempunyai keluarga dan rumah tangga yang sihat akan tercapai.

Dr Dr Abu Reizqy

0 comentários:

Sebilangan besar remaja lelaki dan perempuan pernah melakukan onani dan perkara ini menghantui mereka apabila sedar perbuatan itu mungkin ...

Remaja Lelaki anda Remaja Perempuan BerOnani

Sebilangan besar remaja lelaki dan perempuan pernah melakukan onani dan perkara ini menghantui mereka apabila sedar perbuatan itu mungkin boleh menjejaskan kesihatan apabila berkahwin.
Maklumat daripada beberapa laman seksual tidak menyatakan onani itu tidak baik, tetapi ada laman spiritual tidak menggalakkan amalan itu dan Islam mengutuk amalan itu.
Kajian mengenai seksual yang dilakukan beberapa pihak di luar negara melaporkan pengamal onani berkemungkinan mengalami masalah ketagihan, terikat dengan amalan itu dan tidak dapat melepaskan diri walaupun sudah berkahwin.
Ada juga laporan menyatakan sebilangan lelaki dan perempuan yang mengamalkan onani tidak dapat kebahagiaan seksual dengan pasangan kerana tidak mudah mencapai klimaks dengan pasangan.
Jika tidak klimaks lelaki tentu sukar menghamilkan pasangan kerana tanpa klimaks, tiada ejakulasi. Mungkin ini saja yang boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan pasangan, yang mana si suami tidak dapat ejakulasi melalui hubungan seksual dengan isteri kerana keghairahan tidak mencukupi dengan cara itu, tetapi mencukupi dengan cara onani.
Saya pernah mengendalikan beberapa kes sebegini, yang mana si suami tidak dapat ejakulasi melalui persetubuhan dengan isteri dan kesudahannya dia hanya dapat menghamilkan pasangan apabila air mani yang dikeluarkan melalui onani dikumpul dan disuntik ke dalam rahim pasangannya ketika isteri subur.
Sebilangan besar kes yang saya kendalikan berkaitan cepat klimaks mengakui mereka kerap melakukan onani. Termasuk juga kes mereka yang mengalami masalah mati pucuk, lebih 80 peratus memang kaki onani. Kata orang, bagaimana pokok boleh bergoyang jika tiada angin.
Sama juga dengan masalah seksual seperti cepat klimaks, mati pucuk, tidak mudah ejakulasi dengan pasangan yang dialami lelaki, tidak akan berlaku jika tidak mengamalkan onani. Mungkin perkara yang anda perlu lakukan ialah cuba hentikan amalan onani.
Elakkan aktiviti yang boleh mendorong anda melakukan amalan itu seperti berkhayal seorang diri, menonton video lucah atau melayari laman web lucah.
Amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan seimbang, melakukan senaman berkala, berhenti merokok dan henti minuman keras dan lakukan aktiviti sosial secara berkumpulan dengan interaksi minda.
Dengan cara sedemikian kesihatan seksual dan reproduktif anda akan membina dan masa depan anda untuk mempunyai keluarga dan rumah tangga yang sihat akan tercapai.

Kredit Dr 
Abu Riezqy Aiman

0 comentários:

Recent Posts